Friday, April 22, 2011

Perkenalan bermula

Kami bertemu dan berkenalan di tempat pertama kali... aku mendapat kerja selepas tamat pengajian tahun 2002.
Ia berlaku di salah sebuah company di Shah Alam.
Ia menjadi sejarah & liku-liku hidup kami pun bermula...
Dengan perkenalan pertama itulah... sebenarnya telah membuat aku jatuh cinta pandang pertama terhadap si dia (kini suami ku).
Banyak onak duri aku tempoh sepanjang tempoh bercinta ini, ini kerana cinta ini adalah cinta terlarang.....



Menuju Ke Alam Perkahwinan

Setelah hampir bercinta 3 tahun.. kami membuat keputusan utk berkahwin... dan tahun 2006 bln Dec kami berkahwin...


Hampir 5 bulan berkahwin, aku telah disahkan hamil dan dijangka bersalin hujung bulan 2 tahun 2008.
Suami ku telah menantikan kehadiran seorang cahaya mata hanpir 10 tahun, kerana perkahwinan pertama tidak dikurniakan anak. Umurnya ketika itu sudah 32 tahun. 
Inilah Puteri yang di nantikan...


kami berikan nama Misha Hanni Raihanna 
dilahirkan pada 25 February 2008 jam 4 pagi di Hospital Banting.
Tarikh ini adalah tarikh bersejarah buat aku... sebab.. Puteri ku ni lahir tepat pada tarikh lahir ku.. jadi kami berdua mempunyai tarikh lahir yang sama... Mother & Daughter.



Kini pada tahun 2011 pula... kami telah dikurniakan seorang Putera yang lahir pada 27 March 2011 jam 2.12pagi di Hospital Banting.......
ni antara gambar scan 4D... di hospital bersalin Barakah



al-kisahnya... kami tak ada rancangan untuk memberikan nama kepada Putera ku ini... ada idea tu mmg ada.. tp mcm kurang sesuai... jadi aku mintak semua adik beradik ku memberikan satu nama... abah aku pun terlibat... hehehhehehhe
akhir nya.. ku ngan suami ku bersetuju memberi nama...
Muhammad Haqem Raihan.... 
Nama Raihan tu... abah yang cadangkan...